Dalam era 'GST' ini, ramai yang tercari-cari penyelesaian yang terbaik untuk meneruskan kehidupan. Mencari solusi agar semuanya dapat dilalui dengan TENANG dan GEMBIRA ^__^
Hampir majoriti rakyat Malaysia mula mencari peluang perniagaan sampingan, mencari pekerjaan tambahan, mula mencatu itu dan ini. Segalanya akan bertambah kusut jika krisis ini tidak ditangani dengan baik.
Di dalam sistem IMS, sepertimana yang ditekankan oleh sifu kami, mengajar kita untuk bersikap menyeluruh di dalam menangani apa jua krisis yang hadir =)
Kaedah IMS dicadangkan agar kita tidak terperangkap dengan teori atau system pengurusan barat yang memisahkan antara kehidupan - Ketuhanan dan Kenabian.
Apabila menghadapi krisis:
1. Sudut I - (Kebergantungan kepada Tuhan)
lihatlah dari sudut kasih-sayang Tuhan di dalam segalanya. Ujian darinya untuk mematangkan kita. Serahkan segalanya kepada yang Empunya segalanya. Mohonlah jalan keluar kerana hakikatnya kita tidak mempunyai apa-apa. KepadaNya kita berserah, kepadaNya kita memohon pertolongan. =)
2. Sudut M - (BerKasih-Sayang)
Carilah jalan penyelesaian tanpa mencipta krisis-krisis yang lain. Maknanya, jika kita mempunyai satu masalah janganlah pula menyebabkan kita mencipta 2 atau 3 lagi masalah yang lain. Dalam urusan perniagaan kita, uruskanlah dengan cara kekeluargaan dan fokuskan kepada jalan penyelesaian, bukan menuding jari mencari salah sesiapa. ^_^
3. Sudut S - (Kebijaksanaan)
Kebijaksanaan amat penting di dalam menangani krisis. Lihatlah setiap aspek itu di dalam sudut atau sisi yang pelbagai, kita akan menjadi orang yang tidak mudah menghukum dan mudah berlapang dada. Pada waktu yang sama, kita perkemaskan sistem pengurusan/pentadbiran perniagaan kita samada dari sudut komunikasi, pengurusan ataupun latihan.
"Orang yang berjaya ialah apabila dia jatuh, dia akan bangkit kembali dari kejatuhannya"
Moga kita semua dimudahkan dalam menghadapi setiap krisis yang mendatang, insyaallah
Krisis adalah ujian kehidupan yang dengannya akan mengingatkan diri kita bahawa kita adalah hambaNya, dariNya dan kepadaNya kita akan kembali..
-SifuSaiful-
Wallahua'lam ^__^
