Macam mana dengan biz hari ni? Moga diberi kelapangan rezeki dan dimudahkan urusan especially peniaga2 yang berniaga dari rumah.
Walaupun berniaga, kerja urus rumah, mengawasi anak2, masih tetap bawah pengurusan kita .. Hihi.
Hari ni santai2 shaja nak share tips2 melayan pelanggan online. Ni basic utk peniaga berskala sederhana. Walaupun tak bersua pelanggan di alam nyata.. tp segala 'pm'2 semua perlu dijawab dengan PANTAS, CERDIK dan yang PENTING boleh masuk SALE . Hehe.. itu yang penting
Ok Tipsnya ialah :
1. Raikan Pelanggan
Nak raikan mcm mana pulak ni? Balas pertanyaan dengan smiley word. Mudah je.. biar ayat kita tu lahir dari hati.. menghargai orang yg ingin meminta bantuan kita ^_^
2. Jelas dan Tepat
Sebaiknya, sebelum kita POST IKLAN pastikan maklumat iklan TEPAT dan JELAS. Tak perlu kita nak jawab satu persatu pertanyaan asas seperti : HARGA, BENDA APA, MATERIAL, CARA PEMBAYARAN< MAKLUMAT PEMBELI ..bla2..
Kalau seorang boleh layan.. kalau beratus2 mesej, macam mana tuh? tak dpt nk tolong ^_^
yang ni part yang penting : =====>
Macam mana kalau Cust Complain/ marah2 ---->
part ni kalau boleh, kita minta jauhkan.. tapi kemungkinan tu sentiasa ada. sebab manusia ni macam2 sifatnya.. indahnya ciptaan Tuhan ni ^_^
Berniaga di mana sahaja, offline atau online yang penting ialah KEJUJURAN. Dgn kejujuran ini akan membuka pintu rezeki yang lebih luas di masa akan datang. Insyaallah Amiiin ^___^
1. SANTUNI pelanggan itu dengan sebaik-baiknya. Letakkan kita berada di tempat mereka. (Ini antara kelemahan biz online, hanya boleh dilihat).
2. MINTA MAAF (walapn kesalahan itu bukan berpunca drpd kita ^_^ ) memaafkan itu kan antara sifat2 Rasulullah? :)
3. CARI JALAN PENYELESAIAN yang memudahkan pelanggan dan kita. (ala win2 situation)
4. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan mereka dan berdoa supaya keadaan kembali harmoni.
Akhir sekali, Perniagaan adalah satu cabang latihan untuk mendidik kita lebih CEKAL dan BERANI. Jangan mudah putus asa. Pada Tuhan tempat kita bergantung harap..
Aminn.. Caiyyok2 ^_^
Aminn.. Caiyyok2 ^_^
No comments:
Post a Comment