Thursday, March 12, 2015

Belajar daripada Kegagalan

Kegagalan hari ini..

Adalah sebuah pengalaman yg amat berharga. Jadikannya panduan di dalam melangkah ke hadapan. Setiap pengalaman adalah tanda kasih sayangNya semata, agar kita tetap di bawah naunganNya sepanjang masa.


Gunakanlah pengalaman kegagalan untuk mendidik diri menjadi lebih bijaksana. Lebih merendah diri kerana kita tidak punya apa. Sanggup untuk mendengar pandangan hatta daripada anak kecil andainya di situ ada kebenarannya.



Kejayaan bukannya bermakna mempunyai jutaan wang di dalam poket, bangunan tinggi melangit, pelanggan yang tidak putus-putus. Kejayaan hakiki apabila telah terjalin budaya ketuhanan, hidup akhlaq Muhammadiyah dan kebijaksanaan di dalam kehidupan.



Teruskan melangkah, jadikanlah pengalaman dan sejarah sebagai panduan di dalam perniagaan.



-Sifu Saiful-



No comments:

Post a Comment