Monday, March 30, 2015

Tips Menghadapi Krisis dengan IMS

Dalam era 'GST' ini, ramai yang tercari-cari penyelesaian yang terbaik untuk meneruskan kehidupan. Mencari solusi agar semuanya dapat dilalui dengan TENANG dan GEMBIRA ^__^

Hampir majoriti rakyat Malaysia mula mencari peluang perniagaan sampingan, mencari pekerjaan tambahan, mula mencatu itu dan ini. Segalanya akan bertambah kusut jika krisis ini tidak ditangani dengan baik. 

Di dalam sistem IMS, sepertimana yang ditekankan oleh sifu kami, mengajar kita untuk bersikap menyeluruh di dalam menangani apa jua krisis yang hadir =) 

Kaedah IMS dicadangkan agar kita tidak terperangkap dengan teori atau system pengurusan barat yang memisahkan antara kehidupan - Ketuhanan dan Kenabian



Apabila menghadapi krisis:

1. Sudut I - (Kebergantungan kepada Tuhan)
lihatlah dari sudut kasih-sayang Tuhan di dalam segalanya. Ujian darinya untuk mematangkan kita. Serahkan segalanya kepada yang Empunya segalanya. Mohonlah jalan keluar kerana hakikatnya kita tidak mempunyai apa-apa. KepadaNya kita berserah, kepadaNya kita memohon pertolongan. =)

2. Sudut M - (BerKasih-Sayang) 
Carilah jalan penyelesaian tanpa mencipta krisis-krisis yang lain. Maknanya, jika kita mempunyai satu masalah janganlah pula menyebabkan kita mencipta 2 atau 3 lagi masalah yang lain. Dalam urusan perniagaan kita, uruskanlah dengan cara kekeluargaan dan fokuskan kepada jalan penyelesaian, bukan menuding jari mencari salah sesiapa. ^_^

3. Sudut S - (Kebijaksanaan) 
Kebijaksanaan amat penting di dalam menangani krisis. Lihatlah setiap aspek itu di dalam sudut atau sisi yang pelbagai, kita akan menjadi orang yang tidak mudah menghukum dan mudah berlapang dada. Pada waktu yang sama, kita perkemaskan sistem pengurusan/pentadbiran perniagaan kita samada dari sudut komunikasi, pengurusan ataupun latihan. 

"Orang yang berjaya ialah apabila dia jatuh, dia akan bangkit kembali dari kejatuhannya"

Moga kita semua dimudahkan dalam menghadapi setiap krisis yang mendatang, insyaallah 

Krisis adalah ujian kehidupan yang dengannya akan mengingatkan diri kita bahawa kita adalah hambaNya, dariNya dan kepadaNya kita akan kembali..

-SifuSaiful-


Wallahua'lam ^__^

 

Tips Melayan Pelanggan Online

Salam Semua... ^_^

Macam mana dengan biz hari ni? Moga diberi kelapangan rezeki dan dimudahkan urusan especially peniaga2 yang berniaga dari rumah. 

Walaupun berniaga, kerja urus rumah, mengawasi anak2, masih tetap bawah pengurusan kita .. Hihi. 

Hari ni santai2 shaja nak share tips2 melayan pelanggan online. Ni basic utk peniaga berskala sederhana. Walaupun tak bersua pelanggan di alam nyata.. tp segala 'pm'2 semua perlu dijawab dengan PANTAS, CERDIK dan yang PENTING boleh masuk SALE . Hehe.. itu yang penting 

Ok Tipsnya ialah :


1. Raikan Pelanggan 

Nak raikan mcm mana pulak ni? Balas pertanyaan dengan smiley word. Mudah je.. biar ayat kita tu lahir dari hati.. menghargai orang yg ingin meminta bantuan kita ^_^


2. Jelas dan Tepat

Sebaiknya, sebelum kita POST IKLAN pastikan maklumat iklan TEPAT dan JELAS. Tak perlu kita nak jawab satu persatu pertanyaan asas seperti : HARGA, BENDA APA, MATERIAL, CARA PEMBAYARAN< MAKLUMAT PEMBELI ..bla2.. 

Kalau seorang boleh layan.. kalau beratus2 mesej, macam mana tuh? tak dpt nk tolong ^_^

yang ni part yang penting : =====>


Macam mana kalau Cust Complain/ marah2 ---->

part ni kalau boleh, kita minta jauhkan.. tapi kemungkinan tu sentiasa ada. sebab manusia ni macam2 sifatnya.. indahnya ciptaan Tuhan ni ^_^

Berniaga di mana sahaja, offline atau online yang penting ialah KEJUJURAN. Dgn kejujuran ini akan membuka pintu rezeki yang lebih luas di masa akan datang.  Insyaallah Amiiin ^___^





1. SANTUNI pelanggan itu dengan sebaik-baiknya. Letakkan kita berada di tempat mereka. (Ini antara kelemahan biz online, hanya boleh dilihat). 

2. MINTA MAAF (walapn kesalahan itu bukan berpunca drpd kita ^_^ ) memaafkan itu kan antara sifat2 Rasulullah? :)

3. CARI JALAN PENYELESAIAN yang memudahkan pelanggan dan kita. (ala win2 situation)

4. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan mereka dan berdoa supaya keadaan kembali harmoni. 


Akhir sekali, Perniagaan adalah satu cabang latihan untuk mendidik kita lebih CEKAL dan BERANI. Jangan mudah putus asa. Pada Tuhan tempat kita bergantung harap..
Aminn.. Caiyyok2 ^_^






Tuesday, March 17, 2015

Sebarkan Kebaikan

Moga kita semua diberi kekuatan untuk menyebarkan kebaikan kepada insan sekeliling kita dengan penuh kegembiraan, keceriaan dan keharmonian. 

love, MGC 


Monday, March 16, 2015

7 Penawar Uncang Kering


Membaca dan menggali pengalaman manusia antara jalan-jalan yang boleh digunakan untuk menambah
ilmu. Ianya akan membina kebijaksanaan di dalam menghadapi pelbagai situasi perniagaan.

Buku "The Richest Man in Babylon" adalah antara buku yang pernah dibaca lama dahulu tetapi masih 
relevan secara praktisnya untuk sepanjang masa. Ianya membicarakan tentang disiplin kewangan dan
system bagaimana untuk kita membina kehebatan daripada apa jua pendapatan yang kita perolehi.

Buku ini diterbitkan pada tahun 1926 yang mengumpulkan tulisan dari zaman Babylon. 

7 penawar kepada Uncang yang Kering:

1. SIMPAN sebahagian daripada pendapatan kamu.


2. KAWAL perbelanjaan kamu.


3. GANDAKAN emas kamu.


4. KAWAL emas kamu dari kerugian.


5. KEDIAMAN kamu sebagai pelaburan kamu


6. Pastikan PENDAPATAN untuk masa depan.


7. Tingkatkan KEBOLEHAN kamu untuk mencari pendapatan

-Love, Sifu Saiful-

Thursday, March 12, 2015

Antara sumber kejayaan itu ialah..

Insan yang optimis dalam kehidupannya, melihat setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terbaik diaturkan oleh Yang Maha Pengasih. Setiap perkara yang baik atau sebaliknya adalah pelajaran bagi seorang insan. Dalam bidang perniagaan, adalah ilmu praktikal TAWAKAL kita pada Tuhan. 

Ayuh belajar lagi, dan YAKIN dan PERCAYA rezeki itu amatlah luas dari yang Maha PENYAYANG dan Maha PEMBERI REZEKI



Tips Memasarkan Produk

Tips Memasarkan produk


Memilih produk adalah persoalan kritikal pertama usahawan. 



Pengguna perlu seronok dengan produk tersebut sampai mereka tidak 


mahu tukar kepada jenama lain.



Dah jumpa produk anda?
 


Sebelum pasarkan produk, kita kena pastikan dahulu :

1. SIAPA yang akan beli produk kita?

2. APA yang akan mreka dapat?

3. DIMANA produk ini boleh diperolehi?

4. BILA produk ini bermanfaat pd mereka?

5. BAGAIMANA mereka boleh berhubung dengan syarikat kita?

TIPS PENTING 1 :


Produk yang kita pasarkan bukan produk 'syok sendiri'. 



Tips Penting 2: 

Fokus produk ialah kepada sasaran pelanggan bukan kepada minat peniaga ^_^



Semoga Berjaya !! Bismillah...







Belajar daripada Kegagalan

Kegagalan hari ini..

Adalah sebuah pengalaman yg amat berharga. Jadikannya panduan di dalam melangkah ke hadapan. Setiap pengalaman adalah tanda kasih sayangNya semata, agar kita tetap di bawah naunganNya sepanjang masa.


Gunakanlah pengalaman kegagalan untuk mendidik diri menjadi lebih bijaksana. Lebih merendah diri kerana kita tidak punya apa. Sanggup untuk mendengar pandangan hatta daripada anak kecil andainya di situ ada kebenarannya.



Kejayaan bukannya bermakna mempunyai jutaan wang di dalam poket, bangunan tinggi melangit, pelanggan yang tidak putus-putus. Kejayaan hakiki apabila telah terjalin budaya ketuhanan, hidup akhlaq Muhammadiyah dan kebijaksanaan di dalam kehidupan.



Teruskan melangkah, jadikanlah pengalaman dan sejarah sebagai panduan di dalam perniagaan.



-Sifu Saiful-



Sinergi dalam Perniagaan

Apa itu SINERGI dalam perniagaan?

Lihatlah segala rangkaian yang ada di sekeliling kita. Ia merupakan jaringan kepada peluang perniagaan. Samada untuk mencari pembekal, meluaskan pengkalan data pelanggan atau mencari rujukan (referral) kepada perniagaan kita.

Di dalam senarai kenalan kita, ada yang mempunyai kenalan yang boleh membantu kita di dalam mengembangkan perniagaan. SINERGI. Gunakan segala kekuatan yang ada di sekeliling untuk perniagaan. SEGALA-GALANYA ADALAH PELUANG.

Gunakanlah segala sumber maklumat untuk mendapatkan"referral", mencari pembekal, mencari "channel of distribution" yang baru, mencari rakan kongsi, mencari modal, mewar- warkan produk baru, mendapatkan idea dalam design dan produk serta maklumbalas.

SINERGIkan segala kekuatan, bantulah sesama kita untuk memberi impak kepada perniagaan.

-Sifu Saiful-

Tuesday, March 10, 2015

10 Kesilapan yang Biasa Dilakukan dalam Perniagaan?

Tahukah anda setiap individu yang baru memulakan perniagaan PASTI tidak akan lari daripada melakukan KESILAPAN?

Berikut merupakan antara 10 KESILAPAN yang biasa dilakukan di dalam perniagaan :

1) MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG BANYAK


2) MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MEREKA PRODUK SENDIRI

3) MELABUR PREMIS / PEJABAT YANG MAHAL

4) BERNIAGA DENGAN AHLI KELUARGA - TANPA ADA UNDANG-UNDANG ATAU SISTEM YANG BETUL

5) ELAKKAN MEMINJAM DARIPADA BANK UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

6) MENJALANKAN PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN (TIDAK FOKUS PADA SATU JENIS)

7) TIADA SYARIKAT

8) TIADA AKAUN SYARIKAT

9) DUIT SYARIKAT DAN DUIT PERSONAL BERCAMPUR

10) MEMBERI HUTANG KEPADA ORANG

Angkat tangan senyap-senyap siapa yang pernah buat salah satu atau kesemua ini? smile emoticon
Tapi tidak mengapa kalau dah pernah buat silap, kerana sesungguhnya kita boleh belajar lebih banyak daripada kesilapan yang telah dibuat.
Apa yang penting ialah kita mengambil pengajaran daripada pengalaman lepas dan tidak akan mengulanginya untuk kali kedua.
SEMOGA SEMUA BERJAYA !!

Love, MGC 

Communication Skill Workshop

Bengkel Komunikasi B.Inggeris♥

Alhamdulillah, telah selesai bengkel komunikasi yang dihadiri seramai 20orang peserta. Bengkel yang sangat bermanfaat ini dikendalikan Abi Prof Zulkifli Hamzah. 
Banyak tips yang telah dikongsi oleh Abi, moga dapat dimanfaatkan bersama..

Bak kata Abi.." Let's DO the best, not TRY the best .."

T.kasih semua yang menyertai !! jom praktis 

kiki emoticon




Bengkel Video Edititng


Aktiviti kami hari ini !!! heart emotico

Alhamdulillah.. Mawar Group Consultancy dgn kerjasama team IMS Creative telah membuka tirai 2015 dengan penganjuran bengkel asas video editing.

Yg paling mengujakan..nilai2 IMS dlm penghasilan video turut dikongsi bersama..

Syukur..moga nilai2 kebaikan ini akan dpt disebar luaskan

Mahu sertai lagi? Boleh berhubung terus dengan Pn Sakinah 0106603226

Bengkel Video Editing 

Tempahan Bilik Latihan / Seminar

Bilik Latihan dan Mesyuarat

Kapasiti sehingga 30 orang (tanpa Meja / kerusi sahaja)
Susunan bilik latihan 20 orang (meja+kerusi)

Sesuai untuk :

Seminar / Kursus / MLM talk / Tuisyen / Bengkel / Mesyuarat / study group
Lokasi :
Pusat Putra Point, Putra Height. Selangor
Kemudahan Asas seperti :
- Ruang tetamu eksklusif
- White Board + Marker & pemadam
- FREE unifi
- Aircond
- LCD projektor (optional / sewa - RM60 / hari)
- Ruang solat
- Tandas lelaki / wanita
- Parking luas
- Restoran dan pusat perniagaan berdekatan

Kemudahan tambahan :
-Hotel dan Homestay berdekatan (jarak 5 ke 8 minit perjalanan ke pusat latihan)
Kadar adalah seperti dibawah :
Isnin hingga Jumaat:
Bilik Latihan RM300 (9 pagi - 5 petang)
Sabtu & Ahad:
-Bilik Latihan RM400 (9 pagi - 5 petang)

Bagi membuat pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
Pn Sakinah ( Call / SMS / Whatsapp : 010-6603226 )
En Yuszaidi (Call / SMS / Whatsapp : 012-6196511 )